2009-01-14

3 DINAMIK 1999 pt.1

Cincang Babi merupakan satu permainan yang direka khas pelajar lelaki kelas 3 Dinamik 1999 di SMART. Permainan ini direka khusus untuk mengenakan salah seorang rakan sekelas yang tidak berapa digemari, iaitu 'Raja'. Beliau tidak digemari kerana dirasakan terlalu berlagak, walaupun sebenarnya beliau biasa-biasa saja.
.
Permainan ini menggunakan perkataan babi sebagai menunjukkan kebencian terhadap mangsa dan mangsa perlu dicincang (dalam permainan ini, mangsa adalah dibenci dan cincang bermaksud aksi mencincang menggunakan kedua belah tangan dengan sekuat hati; dengan niat untuk menyakiti tubuh badan mangsa). Permainan ini kononnya menguji kekuatan ketahanan fizikal seseorang. Tak dapat dipastikan idea siapa permainan ini.
.
Permainan ini memerlukan pelajar-pelajar lelaki lain membuat 2 barisan yang saling berpandangan untuk membentuk sebuah lorong. Mangsa pertama yang perlu dicincang ialah 'Raja'. Beliau dipilih atas dasar majoriti. Mangsa dikehendaki melalui lorong itu, hujung ke hujung dengan laju kerana proses cincangan berlaku secepat kilat. Kalau lagi lambat lagi sakit lah. Kot. Pelajar lelaki lain mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam ke atas 'Raja' dan melakukan proses cincangan bertubi-tubi semasa mangsa melalui lorong tersebut. Tapi em, permainan ini 'misteri', kerana selepas Raja habis dicincang, permainan tersebut pun tamat.
.
.
Selain merekacipta permainan, mereka juga merekacipta sebuah perayaan tahunan. Perayaan tersebut dinamakan Hari Joko Sedunia. Hari Joko Sedunia adalah untuk meraikan seorang lagi rakan sekelas yang tidak digemari. Mangsa memang sangat joko malah telah diberi gelaran Jokorono. Kata mereka, inilah gelaran tertinggi untuk mereka-mereka yang joko. Oh, kepada mereka yang tidak mengetahui apa itu joko, joko secara teorinya merupakan pelajar yang sangat-sangat tebal sifat skemanya. Selain skema, mangsa juga agak annoying, maka sebab itulah gelaran Jokorono diberikan kepada beliau. (Jokorani pula adalah untuk pelajar perempuan).
.
Perayaan satu hari ini bermula sebelum waktu rehat. Mereka menjadikan Jokorono sebagai idola untuk hari tersebut. Idola dari segi permakaian, pertuturan, pergerakan dan segalanyalah. Mereka memakai tali leher dengan tinggi sehingga ke butang teratas dan seluar juga diangkat tinggi sehingga ke atas pusat. Malah ada yang mencari dan meminjam cermin mata dari pelajar kelas sebelah semata-mata ingin kelihatan sama seperti Jokorono.
.
Tetapi keraian ini tertangguh sebab budak-budak ini rasa malu pulak ketika mereka sama-sama berjalan menuju ke makmal sains dalam keadaan joko itu. Makmal sains memang agak jauh dan terpaksa melalui bilik guru dan kelas-kelas Form1. Walaubagaimanapun, perayaan ini hanya diraikan pada tahun 1998 kerana tahun berikutnya semua pelajar-pelajar ini sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi PMR.
.
Bersambung.
.
Nota: Pelajar lelaki kelas saya memang nakal. Sangat nakal dan jahat. Tetapi mereka juga sangat pandai. Kebanyakannya sudah berjaya sekarang. Ada yang bergelar doktor, geologist, engineer, qs, tentera, dan pelbagai professionals lain. Em, sebab pandai sangat la kot. Hehe.
.
.
.

3 comments:

adda_shariff said...

bila nak cerita yg kelas matematik cikgu aini nak tekap mende bulat tuh? haha..

the Stalker said...

cis adda.. ak br nak merahsiakan citer tu.. hahahahaahaha. yelah2, nanti ak wat entry...

Anonymous said...

Cpt2..aku nk bc part 2 plak..haha..cam bestjr wat mcm tu..tp kalo aku time sek mgkn aku akn jd mangsa jokorono tu..haha..tp diorg kene cri songkokler..sbb aku pkai songkok time tu..